Monday, January 11, 2010

Lakukan Dengan Cinta

Hmmm..Siapakah orang yang paling menderita di dunia perkerjaan? Orang yang tidak mencintai apa yang dia lakukan. Aku setuju...kerana aku sendiri tidak akan mampu melakukan perkerjaan yang tidak aku cintai kerana aku tersangat percaya lebih baik aku gagal melakukan apa yang aku cintai daripada aku sukses melakukan sesuatu yang aku benci.

Dan kecintaan aku mengabdikan diri pada seni bukanlah semata-mata kerana duit..tetapi kerana aku ingin menjadi yang terbaik dari apa yang aku lakukan. Kalau kerana duit mungkin aku hanya mampu berkerja 12 jam sehari...dan paling tidak untuk menyelesaikan kerja maka aku akan tambah menjadi 14 jam sehari....TETAPI kalau kerana cinta aku pada apa yang aku usahakan maka aku sanggup berkerja untuk 24 jam sehari. Begitulah dalam dan tulusnya cinta aku pada seni. Kebahagiaan aku adalah perkerjaan aku...aku tak dapat bayangkan bagaimana hidup aku tanpa seni...tanpa skrip...tanpa filem...tanpa drama...Dan aku sendiri tidak mengerti dari mana kekuatan yang datang menyelinap masuk dalam diri aku demi untuk seni. Mungkin satu hari nanti aku akan meninggalkan dunia di saat aku sedang berkarya...mungkin didepan laptop...di atas kerusi sang sutradara...depan monitor...Dan aku tidak akan pernah menyesalinya. Hidup aku adalah untuk seni dan seni adalah hidupku...Tidak ada seorang manusia akan ku izinkan untuk hadir menjadi perampas cintaku pada seni.

SUTRADARA adalah seorang pemimpin...dia memimpin emosinya...memimpin sentuhannya...memimpin destinasi karyanya..dan memimpin seluruh tenaga bersatu menjadi satu ke arah satu titik yang tercipta dengan satu hati dan satu fikir yang sama. Dan akhir sekali...SUTRADARA juga yang akan memimpin seluruh jiwa penonton karyanya ke destinasi yang satu. Bukan mudah dan bukan juga payah. Aku percaya..andai awal langkahku datangnya dari kesungguhan sebuah hati dan disulami dengan keikhlasan maka hasilnya pasti yang terbaik. Ye...maka itulah keajabiban sebuah keilklasan. Segalanya bermula dengan kejujuran dan keikhlasan terlahirnya cinta yang mengorak langkah kita ke destinasi yang di impikan. Maka mulakan dengan hati. Seni mampu menyentuh titik yang paling sensitif dalam diri seorang manusia iaitu hati. Dan aku tidak akan pernah mahu berhenti membelai hati bangsaku dengan karya-karya kerdil ku sehinggalah ke akhir nafasku.

Aku kembali hari ini sebagai insan yang baru lahir sepertimana lahirnya blog ini. Aku lahir kali ini dengan kelembutan...dengan kewarasan untuk ku hidangkan sedulang karyaku yang mungkin terakhir...buat yang paling berharga didalam hidup aku iaitu agama dan bangsaku....Aku juga kembali hari ini untuk aku mengusap dan membelai hati kalian sepertimana seorang ibu membelai anak yang sedang di susu kannya. Mungkin aku datang kali ini sebagai Sita Dewi...isteri kesayangan Arjuna. Aku ingin memanah hati kalian tanpa perlu melukakannya. Dan aku percaya panahanku kali ini pasti tepat terpaksi di hati kalian.

3 comments:

  1. segala usaha itu pasti ada hujung dan pangkalnya, makak kita terus berusaha dan menjadi apa yang kita mahukan, kita cinta pada nama cinta kerana dalam cinta ada syurga kenikmatan :)

    Salam sayang~

    ReplyDelete
  2. CINTA dari Hati kak erma tu yang membuatkan karya itu smpai ke hati peminat... sy juga cintakan seni, karya kak erma sgt2 sy minati...kerana ia dari hati...destinasinye juge adalah hati...moga karya2 dari cinta di hati kak erma terhadap seni lebih banyak dan berjaya lg untuk mase2 akan datang... tahniah untuk kemenangan besar akak di angrah skrin... sy suka komen akak di melodi...'sy berkarya bkan untu anugrah'

    ReplyDelete
  3. salam..buat kak erma..sblm sy komen pnjg2..nak gtau..kwn2 sy semua bengang ngn ending cte 5 DISEMBER..tak blh duduk diorg tgk cte tu..apa2 pun time ksh sbb bg diorg bengang..hahaha...semua cerita akk berkualiti..tahniah..saya sgt2 brmnt nak bljr tentang bagaimana terhasilnya sesebuah cerita..saya baru nak try tulis skrip wlupn pada dsrnya sy tak prnh bljr tntg pnulisan skrip..sy tahu,akk sndr dah ramai anak didik yg bgus2..dan blh tak klu sy nak jd slh sorg dr mereka??sy nak bljr..blh tak sy dpt peluang tu dr akak???sy tak prnh msuk dlm bidng ni..tp sy nak dr sy msuk dlm "dunia ni"..sy bukan merayu.tapi sy menagih ilmu akak yang perlu sy penuhi untuk dr sy dalam merealisasikan ilmu dunia dan akhirat..izinkan sy menjadi salah seorang anak seni,berbakti bukan untuk diri,tp buat yang sudi menghayati,ikhlas kerana sang murabbi..insyallah..jwpn akk sy tunggu kt sini..http://tokyodrift8986.blogspot.com/

    ReplyDelete