Monday, January 11, 2010

Lakukan Dengan Cinta

Hmmm..Siapakah orang yang paling menderita di dunia perkerjaan? Orang yang tidak mencintai apa yang dia lakukan. Aku setuju...kerana aku sendiri tidak akan mampu melakukan perkerjaan yang tidak aku cintai kerana aku tersangat percaya lebih baik aku gagal melakukan apa yang aku cintai daripada aku sukses melakukan sesuatu yang aku benci.

Dan kecintaan aku mengabdikan diri pada seni bukanlah semata-mata kerana duit..tetapi kerana aku ingin menjadi yang terbaik dari apa yang aku lakukan. Kalau kerana duit mungkin aku hanya mampu berkerja 12 jam sehari...dan paling tidak untuk menyelesaikan kerja maka aku akan tambah menjadi 14 jam sehari....TETAPI kalau kerana cinta aku pada apa yang aku usahakan maka aku sanggup berkerja untuk 24 jam sehari. Begitulah dalam dan tulusnya cinta aku pada seni. Kebahagiaan aku adalah perkerjaan aku...aku tak dapat bayangkan bagaimana hidup aku tanpa seni...tanpa skrip...tanpa filem...tanpa drama...Dan aku sendiri tidak mengerti dari mana kekuatan yang datang menyelinap masuk dalam diri aku demi untuk seni. Mungkin satu hari nanti aku akan meninggalkan dunia di saat aku sedang berkarya...mungkin didepan laptop...di atas kerusi sang sutradara...depan monitor...Dan aku tidak akan pernah menyesalinya. Hidup aku adalah untuk seni dan seni adalah hidupku...Tidak ada seorang manusia akan ku izinkan untuk hadir menjadi perampas cintaku pada seni.

SUTRADARA adalah seorang pemimpin...dia memimpin emosinya...memimpin sentuhannya...memimpin destinasi karyanya..dan memimpin seluruh tenaga bersatu menjadi satu ke arah satu titik yang tercipta dengan satu hati dan satu fikir yang sama. Dan akhir sekali...SUTRADARA juga yang akan memimpin seluruh jiwa penonton karyanya ke destinasi yang satu. Bukan mudah dan bukan juga payah. Aku percaya..andai awal langkahku datangnya dari kesungguhan sebuah hati dan disulami dengan keikhlasan maka hasilnya pasti yang terbaik. Ye...maka itulah keajabiban sebuah keilklasan. Segalanya bermula dengan kejujuran dan keikhlasan terlahirnya cinta yang mengorak langkah kita ke destinasi yang di impikan. Maka mulakan dengan hati. Seni mampu menyentuh titik yang paling sensitif dalam diri seorang manusia iaitu hati. Dan aku tidak akan pernah mahu berhenti membelai hati bangsaku dengan karya-karya kerdil ku sehinggalah ke akhir nafasku.

Aku kembali hari ini sebagai insan yang baru lahir sepertimana lahirnya blog ini. Aku lahir kali ini dengan kelembutan...dengan kewarasan untuk ku hidangkan sedulang karyaku yang mungkin terakhir...buat yang paling berharga didalam hidup aku iaitu agama dan bangsaku....Aku juga kembali hari ini untuk aku mengusap dan membelai hati kalian sepertimana seorang ibu membelai anak yang sedang di susu kannya. Mungkin aku datang kali ini sebagai Sita Dewi...isteri kesayangan Arjuna. Aku ingin memanah hati kalian tanpa perlu melukakannya. Dan aku percaya panahanku kali ini pasti tepat terpaksi di hati kalian.

Aku datang!

Salam....
Dah lama aku menunggu masa untuk create blog sendiri, meluahkan rasa, berkongsi apa yang patut dengan bahasa yang paling mudah...dan entah kenapa malam ini mood datang..mungkin dah sampai seru. Tapi masa tidak begitu mengizinkan aku menulis panjang lebar tapi insyaallah...lepas ni akan ada sesuatu yang akan di kongsi bersama...so terima kasih kepada yang mengikuti blog aku ini...